Ada ramai pembaca diari I yang meminta I memendekkan alamat diari I nih menggunakan perkhidmatan tertentu di internet.
Jadi, I mengambil keputusan untuk mewujudkan domain untuk diari ini.
Kini ianya terunadesa.com.
Bagi meraikan pelancaran domain ini, I menjemput mat-mat (or minah-minah kaypoh ;-)) yang suka membaca diari I ini untuk memiliki alamat email di terunadesa.com.
Sekiranya berminat, sila hantarkan email kepada i@terunadesa.com, dan nyatakan username yang anda minat, sebagai contoh, abc. Jadi email anda di mail.terunadesa.com adalah abc@terunadesa.com.
Perkhidmatan email di terunadesa.com disediakan oleh pihak Google Inc. Jadi I tak menggalakkan spam dari email-email yang berpangkalan di mail.terunadesa.com.
Jadi mana-mana pemilik alamat email di terunadesa.com yang didapati menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar spams, I akan padam akaun tersebut selepas diberikan amaran.
Teruna Desa

